Photobucket

Sunday, December 25, 2011


Bismillahirrahmanirrahim ,


#1    Sememangnya dalam kehidupan ini , menuntut pelbagai pengorbanan yang kadang-kala memaksa kita untuk menangis dalam tangisan , tetapi akhirnya tersenyum kepuasan , kerana hanya hati yang benar-benar ikhlas berkorban akan merasai kemanisan sebuah pengorbanan . 
Insya-Allah :)
 
#2    Ingatlah , kebahagiaan itu bukanlah terletak pada kata-kata ,
kebahagian itu bukanlah terletak pada manisnya kata-kata dibibir sahaja ,
tetapi kebahagiaan itu terletak pada kasih sayang dan sikap mengambil berat di antara satu sama lain .
Tidak perlulah seseorang itu hanya pandai meluahkan kata-kata sayang tetapi tidak dapat memberi kebahagian pada pasangan sendiri .

#3    Sedalam mana kita sayangkan seseorang tu , kita tak boleh berharap yang orang tu akan jadi milik kita selamenya , biar kita je yang tahu sejauh mana perasaan sayang kita kat dia , yang penting kita usaha buktikan kita sayangkan dia . 1hari nanti bila dia dah kehilangan kita, dia akan berpikir sendiri segala pengorbanan yang kita lakukan untuk dia , saat itu barulah dia tahu betapa pentingnya kita pada dia dan barulah dia menghargai kita , biarlah dia menolak kasih sayang dan cinta kita , kerana lebih perit jika dimiliki tetapi tidak dihargai ;
 
" Kerana terlalu mencintai seseorang itu kita harus melepaskan ia pergi ,
andai dia milik kita pasti ia akan kembali . "



Perempuan ibarat permata ,



Bismillahirrahmanirrahim ,
Lembut wanita kerana senyumannya ,
Cekal wanita kerana beraninya ,
Sabar wanita kerana imannya ,
Lemah wanita kerana air matanya ,
Ikhlas wanita kerana simpatinya ,
Pendam wanita kerana cemburunya ,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah ,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah

Saturday, December 24, 2011

Andai kau tahu ,


Bismillahirrahmanirrahim ,
 



Bila hati mula bicara ,
Bicara lah tanpa suara ,
Bila hati diserami iman dan takwa ,
Jiwa nan indah dan tenang bersamanya .


Sepuluh hari bulan sebelas dua ribu sepuluh
Kau ingat lagi akan tarikh ini ?
Kau tahu apa yang terjadi pada tarikh ini ?
Kau tahu apa perasaan aku ketika ini ?
Kau ingat tarikh ini yang kau mula terima aku ?
Kau tau tarikh ini yang kau mula ucap madah rindu ?
Kau ingat tarikh ini yang menjadi saksi terhadap bermulanya hubungan kita ?
Kau tahu tarikh ini yang membuat aku mula menyayangi dan seterusnya cinta sama kau ?

Masih kau ingat tarikh ini ?
Tarikh ini yang memberi aku permulaan hidup bersama kau ,
Permulaan hidup aku mengenali kau dengan lebih mendalam ,
Dan juga permulaan hidup kau mengenali aku .


Aku tak lupa sama sekali , apa yang telah kita lakukan bersama seketika dahulu ,
Masih segar di kotak minda aku ,
Kau yang selalu berada disisi ku , saat aku tersungkur dulu , kau setia disisi ku dengan memberi kata semangat kepadaku , 
Yang selalu melayan kerenah ku tanpa jemu dan lelah , 
Yang sering memberi kata semangat dan dorongan ,
Yang tak kering membazir air liur kau untuk aku dengan selalu nasihat aku ,
Yang sering sabar melayan perangai aku ,
Yang jaga aku dengan penuh kasih sayang kau ,
Yang selalu ada ketika aku memerlukan pertolongan ,
Yang sering jaga aku tak kira dimana aku berada ,
Dan yang paling penting , yang selalu berada dekat dengan aku tak kira masa mahupun tempat !
Kau sanggup lakukan apa jua demi aku , apa jua ! Tapi aku buta , buta disebabkan perangai aku yang ego ini . Aku sedar , apa yang aku lakukan hanya merugikan diri aku . 




Aku leka dengan kasih sayang yang kau berikan ,
Aku leka dengan manja yang kau belai terhadapku ,
Aku buta akan keikhlasan cinta kau terhadap aku , 
Aku buta untuk menilai diri kau jauh lebih berharga dari manusia lain .



Teringat kali pertama kau sarungkan cincin ini kat jari manis aku , rasanya macam baru semalam benda tuh berlaku . Berat gila hati aku sewaktu kau pulangkan balik cincin ini kat aku .


Aku tahu salah aku , ego aku , aku pentingkan diri aku sendiri , 
Aku tak pernah fikirkan hati dan perasaan kau ,
Aku lupa yang kau juga punyai hati yang untuk dicintai ,
Aku lupa kau punyai perasaan untuk dijaga .
Aku mohon maaf atas kesalahan aku selama ini , terlalu banyak aku sakitkan hati kau , 
Ya , aku memang kejam , kejam sebab aku bunuh perasaan kau sikit demi sikit tanpa aku sedar , 

Marah lah aku , kutuk lah aku , 
Kau memang patut lakukan semua tuh ,
Aku tahu kau benci dengan aku , 
Aku tahu kau muak dengan perangai aku ,
Aku tahu kau pasti menyesal kenal aku kan ,
Aku tahu semua itu ,
Tapi yang pasti , aku tahu dalam hati kau masih utuh aku didalamnya,
Aku kenal kau Akmal Razak ,
Aku tahu pendirian dan diri kau ,
Bukan semalam aku kenal kau sayang , 



SATU TAHUN EMPAT BULAN ,
Sangat berharga bagi aku , 
Sangat nilai bagi aku ,
Mengajar aku erti cinta yang sebenar .



Aku mohon diberikan kesempatan dan peluang terakhir ,
Untuk aku jaga kau balik ,
Untuk aku sayang dan cinta kau dengan lebih ikhlas ,
Aku nak semuanya dulu berulang kembali !
Aku nak , nak sangat , 
Aku tak nak pisah dengan kau lagi ,





Maafkan aku Akmal Razak ,
Kau bukan yang pertama bagi aku , tapi kau adalah yang terakhir bagi aku .
Sumpah aku sayang kau lebih dari nyawa aku ,





Thursday, December 15, 2011

Uniknya Jodoh itu pabila ;




Bismillahirrahmanirrahim ,

Ya-Allah , sesungguhnya , kurniakan aku jodoh yang datang darimu Ya-allah ,
Jodoh yang sudah tertulis bagiku di luth mahfuz mu Ya-Allah ,
Amin ya-Allah .







Doa Jodoh , Insya-Allah ,




Bismillahirrahmanirrahim ,

Ya-Allah , satukan lah hatiku dengan hatinya Ya-Allah ,
Satukan lah kami dalam keadaan yang diredhai oleh mu Ya-Allah ,
Peliharalah hubungan kami Ya-Allah ,
Amin yarabalalamin .






Andai cinta itu indah ;




Bismillahirrahmanirrahim ,

Ya-Allah , aku inginkan cinta yang halal bagiku , untuk dunia dan insya-Allah juga akhirat .
Kurniakanku jodoh yang halal lagi beriman ya-Allah .
Amin yarabal-alamin .





 

Tanda Seseorang Lelaki terhadap kaum Hawa , Insya-Allah ,




Bismillahirrahmanirrahim ,

Semua manusia tidak sempurna , sebab itu Allah jadikan manusia berpasangan supaya boleh melengkapi each others , Hati biar ikhlas dalam mencintai seseorang , agar kita tidak terasa pahitnya , peritnya mengalami kekecewaan percintaan .
Andai aku sedar sebelum ni , mesti semua ni tak akan berlaku , apa kan daya , kuasa Allah lagi kuat dari segalanya . Aku hanya mampu pasrah dan redha ,


ps: Ya-Allah , kuatkan aku dalam mengharungi cabaranmu ini ya-Allah ! aminn .






Broga lerfhhh ;

Bismillahirrahmanirrahim ,

Pengalaman yang pertama aku menaiki gunung Broga , sangat tingggi kayy !! Aku join anjuran Student Marketing && Management . Diaorang buat projek for subject Project Management . Disebabkan boyf aku student Marketing , so aku follow lah sekali , and first time kut mendaki bukit , gunung-ganang nii semua . Perjalanan seawal pagi sebelum subuh , dan kami sempat solat subuh di stesen minyak petronas . Haha . Ambik kau detail aku bagii ni haa .




Ramai jugak kos lain yang join selain Management && Marketing , 
sem lain pun join jugak , best sangatt sebab ramai gilaa yang join ! Haha ,


And first before nak start mendaki , kami dibahagi kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh student-student yang pernah pergi Broga banyak kali . And aku pun tak tahu aku group yang mana , haha . Semua terabur weyhh . Mula-mula jalan ikut barisan , afta that ada yang laju gila naik , ada yang slow sambil ambil angin , sejuk sangat ialah mendaki time pagi kan , ada yang sampai setengah mendaki , then turun balik sebab tak larat naik . Jalan dia , phewww jangan cakap lahh !Macam-macam bentuk jalan ada kat Broga tuh , haha , kena hati-hati , if slah sikit habis lahh . Boleh jatuh sambil buat aksi lembutt . haha . First time aku naik tuh fuhhh rasa eksaited gilaa ! Then bila dah nak setengah tuh aku dah mula gayat gilaa , rasa nak giveup pun ada , rasa nak patah balik turun ikut budak-budak yang tak bole naik , haihh . Sebaik ada boyf tersayang , dia bagii semangat and mendaki sambil pegang tangan , takut-takut aku terjatuh ke hapa ke kan , walaweyhhh sweettt gitu haa . Haha  -..-




Haa ni time muka aku eksaited gilaa ! Masih bertenaga lagii nii . 100plus punya pasal , before naik aku dah melantak air tuh , konon bagi extra energy .


Then dah sampai setengah aku mendaki aku start pening-pening lalat , mabuk duhh , loya-loya tekak pun ada , phewwww dah macam feeling orang pregnant pulok ! Haha . Guess what ? Aku muntahhhh ! Perghhhh , legaaa . Penangan akibat telan 100plus , haha . Ambik kau . Boyf setia ditepii , sorry sayanggg . I lerfhh youu . Setelah okay seketika , aku teruskan balik perjalanan aku , cewahh dah macam perjalanan balik kampung pulok haa ! Haha . Akhirnya aku sampai juga kat puncak Broga tuh haaa . Feelings habissssss . Bangga habis sebab dapat mendaki sampai ke puncak ! 





Nampak tak muka boyf aku nii , relax je daki Broga , aku dah macam sayur dah haa !



Semua orang dah selamat naik dahh , ada jugak yang tak dapat naik and terpaksa turun balik disebabkan hal-hal tertentu . 








Ouhh lupa pulak , yang khemah tuh sebab ada a few student yang tidur malam sebelum kami mendaki , 


Cumilnyaaaaaaaaaaaaa ! Bole cairrrrrrrrrrr ni !

Setelah sampai di atas puncak , selepas bergambar , aku mulakan operasi aku dengan melelapkan mata , haha . Yang penting aku tidur dulu , then baru sayang nii tidur , Hihi , kesian you bie , kena tunggu giliran ye ? Hihi . Sayang ketat-ketat tau . (Erghh jiwang lah pulok! Kahkahkahhh)



Ni budak-budak roomates aku dulu time kat hostel Kg Baru . Sayang kamu-kamu ketat tauu . 
from left : NiNa , Wada , Omel , Nury  <3

Cantik kan pemandangan dari atas Broga ? Sangat menakjubkan ! Subhanallah ,





Masa dah menginjak ke tengahari , masing-masing berkemas untuk turun , 
matahari dah mula naik , panas weyhh , fuhhhhh , berair-rairr , -..-

and lastly , kami turun dengan penuh berhati-hati , nak naik punya lah senang , nak turun ya-Allah , takut gila , cuba bayangkan dari atas ke bawah , haa cane tuhh , ada yang kena pegang tali , kena sorot , jalan kena duduk , macam-macam haihhh . Tapi finally aku berjaya jugak turun walaupun dalam hati hanya Allah je yang tahu perasaan gementar tuh cane . 



I love you sayangg , and thanks so much yaw ! 
xoxo













Wednesday, December 14, 2011

Keajaiban itu ,

 
Saat hati berkata " INGIN " , namun qadar Allah berkata " TUNGGU " ,

S
aat air mata " MENITIS " , namun qadar Allah berkata " TERSENYUMLAH " ,

Saat segala nak terasa " MEMBOSANKAN " , namun qadar Allah berkata " TERUSLAH MELANGKAH " ,

Biidznillaah ,

Kita hanya mampu merancang sesuatu , ALLAH juga merancang sesuatu yang dirahasiakan-NYA buat kita . Namun , rancangan ALLAH itu LEBIH baik dan Insya-Allah yang paling terbaik dan yang PALING baik daripada rancangan kita ,
 
Sebabnya ALLAHU Yaa 'Aliimu Yaa HAKAM (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menetapkan)

Jadi , kita Jangan pernah PROTES atau PUTUS ASA.
Yakinlah...

♥ ALLAH ada untukku, untukmu, dan untuk kita semua ♥
Insya-ALLAH :)
 
 

Sumtimes ,


Dalam menjaga HATI sendiri, jagalah juga hati ORANG LAIN ,  kerana hanya orang yang benar-benar mempunyai hati sahaja yang akan menghargai hati milik orang lain :)



Kadang-kadangg ,



Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan ,
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati ,
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaannya ,