Photobucket

Sunday, December 25, 2011


Bismillahirrahmanirrahim ,


#1    Sememangnya dalam kehidupan ini , menuntut pelbagai pengorbanan yang kadang-kala memaksa kita untuk menangis dalam tangisan , tetapi akhirnya tersenyum kepuasan , kerana hanya hati yang benar-benar ikhlas berkorban akan merasai kemanisan sebuah pengorbanan . 
Insya-Allah :)
 
#2    Ingatlah , kebahagiaan itu bukanlah terletak pada kata-kata ,
kebahagian itu bukanlah terletak pada manisnya kata-kata dibibir sahaja ,
tetapi kebahagiaan itu terletak pada kasih sayang dan sikap mengambil berat di antara satu sama lain .
Tidak perlulah seseorang itu hanya pandai meluahkan kata-kata sayang tetapi tidak dapat memberi kebahagian pada pasangan sendiri .

#3    Sedalam mana kita sayangkan seseorang tu , kita tak boleh berharap yang orang tu akan jadi milik kita selamenya , biar kita je yang tahu sejauh mana perasaan sayang kita kat dia , yang penting kita usaha buktikan kita sayangkan dia . 1hari nanti bila dia dah kehilangan kita, dia akan berpikir sendiri segala pengorbanan yang kita lakukan untuk dia , saat itu barulah dia tahu betapa pentingnya kita pada dia dan barulah dia menghargai kita , biarlah dia menolak kasih sayang dan cinta kita , kerana lebih perit jika dimiliki tetapi tidak dihargai ;
 
" Kerana terlalu mencintai seseorang itu kita harus melepaskan ia pergi ,
andai dia milik kita pasti ia akan kembali . "